Tuesday, 8 August 2017

PUNCA LELAKI TIDAK PUAS KENCING

Apakah Punca Lelaki Tidak Puas Kencing? – Dr. Ruhi Fadzlyana

Apakah punca lelaki tidak puas kencing ?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bengkak Kelanjar Prostat ?

Kalenjar prostat adalah satu organ yang mengililingi pangkal saluran kencing lelaki. Kalenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebi 50% daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Bengkak Prostat ?

Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda-tandanya adalah :
  • Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam - frequency
  • Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama atau gesa - urgency
  • Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing - nocturia
  • Pancutan air kencing tidak laju - poor flow
  • Air kencing menitis di penghujung waktu kencing - terminal dribbling
  • Terkencing sewaktu menahan air kencing - hesitancy
  • Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali - incomplete voiding
  • Kencing tersekat-sekat - intermittency
  • Meneran sewaktu kencing - straining
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengalami Masalah Di Atas ?

Pengesahan daripada doktor untuk penyakit bengkak kelenjar prostat adalah melalui penelitian sejarah pesakit. Melaui soal jawab masalah pembuangan air keci pesakit, doktor akan memberikan markah menurut carta International Prostate Symptom Score (IPSS). Jumlah markah akan diketogerikan untuk mengetahui keseriusan penyakit.

Seterusnya pemeriksaan kelenjar prostat akan dilakukan oleh para doktor melalui lubang dubur. Melalui pemeriksaan ini, keanjalan prostat dan permukaan prostat dapat dirasa. Pemeriksaan ini adalah penting kerana jika kalenjar prostat dirasakan keras dan permukaannya berbenjol-benjol, penyakit barah prostat harus diawasi. Selain daripada pemeriksaan prostat, terdapat satu ujian yang dapat mengukur kelajuan air kencing sama ada lemah atau tidak. Ujian ini dinamakan uroflow.

Ujian darah yang dijalankan adalah untuk memastikan fungsi buah pinggang masih elok. Selain itu, ujian saringan untuk kanser prostat turut dijalankan.

Bagaimana Penyakit Ini Dirawat ?

Setelah penyakit disahkan, penyakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitu alpha-blocker dan 5-alpha-reductase. Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju. Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat. Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Apakah Kesan Jangka Masa Panjang Masalah Kelenjar Prostat Bengkak ?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak tidak dirawat termasuk :
  • Pembentukakan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
  • Pembengkakan buah pingang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan.
  • Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
  • Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabakan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.

Friday, 21 July 2017

BEZA ANTARA KETUMBUHAN DAN KANSER

Ketumbuhan atau tumor dan Kanser, adakah terdapat perbezaan di antara keduanya?

Mungkin kita beranggapan ketumbuhan tu bermaksud kanser. Adakah ianya sama? Atau berbeza sama sekali. Atau mungkin kita sudah tahu keduanya berbeza tetapi tidak pasti apa yang membezakannya. Entri ini akan cuba memberikan kefahaman kepada kita tentang Ketumbuhan VS Kanser.

Ketumbuhan vs Kanser
Tumor dan kanser adalah berbeza. Tumor berlaku apabila luka atau ketulan terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal. Kebanyakkan tumor tidak berbahaya, tetapi sesetengah mungkin mempunyai kesan kepada kesihatan seperti menekan organ-organ penting atau saluran darah atau boleh menyebabkan terlebih pengeluaran hormon tertentu.

Dalam kes  kanser, pertumbuhan sel ini tidak terkawal dan merebak di dalam badan. Kedua-duanya boleh dikesan dengan imbassan MRI.

Tidak Semua Tumor Adalah Kanser
Adalah penting untuk memahami bahawa tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor atau dikenali sebagai ketumbuhan ada 2 jenis iaitu Beningn dan Malignant. 

  • Tumor beningn berlaku dimana pertumbuhan adalah terhad kepada bahagian tertentu badan.
  • Tumor Malignant boleh bertuka menjadi kanser.
Ini bermakna bahawa pertumbuhan utama boleh menjana beberapa pertumbuhan skunder dan menyerang bahagian-bahagian penting dalam badan dan merebak di mana-mana.

Sama seperti semua ketumbuhan tidak berkanser, semua kes kanser juga tidak dicirikan oleh pertumbuhan tumor. Sebagai contoh, dalam kes kanser darah, tidak ada tumor yang terlibat. Walaubaimanapun, pada kemunculan tumor, ujian biopsi menjadi sangat penting untuk menentukan jika pertumbuhannya adalah maligna atau benign.

Tumor boleh atau tidak boleh berkembang menjadi kanser. Kanser sebaliknya adalah suatu keadaan penyebaran malignant di mana pertumbuahn sel tidak normal boleh menjadi tidak terkawal. Tidak semua kanser tidak boleh dirawat.

Rawatan Tumor vs Kanser
Ubat-ubatan dan rawatan yang ditetapkan untuk tumor dan kanser munkin berbeza. Tidak semua tumor mengancam nyawa, walaupun tumor adalah benign, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengeluarkannya. Bergantung kepada lokasi dan saiz tumor, pembedahan ini boleh menjadi agak mudah atau ia boleh mengambil masa bebulan untuk pesakit sembuh.

Contoh Ketumbuhan Otak & Kanser otak

Pilihan rawatan untuk kanser termasuk pembedahan (pembedaahn membuang tisu kanser), kemotrapi (dengan menggunakan bahan kimia yang kuat untuk membunh sel-sel kanser yang berkembang pesat), dan Terapi Radiasi (menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan membunuh sel-sel kanser dengan merosakkan DNA mereka).
Kesimpulannya Ketumbuhan / Tumor merupakan pertumbuhan sel yang tidak normal yang tidak merebak ke bahagian lain. manakala kanser adalah sekumpulan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel tidak normal yang berpotensi untuk menyerang atau merebak ke bahagian badan yang lain. Semoga info ini bermanfaat untuk pembaca mengetahui beza di antara KETUMBUHAN dan KANSER.

Thursday, 13 July 2017

FLOSS PENTING UNTUK KESIHATAN GIGI

Menggosok gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan floss. Ia sebenarnya MAMPU membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.
Flos adalah satu tindakan membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang. Jika biasanya hanya gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash, menggunakan floss adalah rawatan pembersihan rongga mulut khususnya bahagian gigi dengan lebih sengit. Jadi, menggunakan floss dilakukan dengan meletakkan benang di cela setiap gigi kemudian menarik – nariknya.
Jika anda tidak floss gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik. Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan floss.
Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot. Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.
1. Mencegah terbentuknya tartar
Yang dimaksudkan dengan tartar adalah timbunan lapisan plak yang keras. Biasanya ini berlaku akibat lapisan plak yang tidak akan dibersihkan. Kerana sudah mengeras inilah, tartar menjadi lebih sukar untuk dilenyapkan. Asal kamu tahu saja, tartar ini juga boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis.
2. Mencegah gigi berlubang
Apa penyebab utama gigi boleh sampai berlubang? Kerana adanya makanan yang masih melekat pada gigi atau terselit di antara gigi. Jika terjadi sebegini, menggunakan floss lebih berkesan daripada gosok gigi untuk membersihkan sisa makanan.
3. Mencegah bau mulut
Tidak hanya menyebabkan gigi berlubang, sisa makanan yang masih berada di kawasan gigi akan membusuk yang kemudian menimbulkan bau tidak enak. Jadi secara tidak langsung, menggunakan floss juga membantu mencegah bau mulut.
4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Bakteria dari mulut boleh merebak ke kawasan lain dari tubuh. Anda ingin menjaga jantung anda sihat dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mempunyai mulut yang sihat. Ketika mikroorganisma yang dijumpai di mulut merebak ke jantung, anda mungkin mengalami komplikasi jantung. Menggunakan floss dapat menyelesaikan masalah ini.
5. Mengurangkan Risiko Diabetes
Jika anda menderita diabetes maka anda boleh merumitkan keadaan kesihatan anda ketika anda mempunyai kebersihan gigi yang buruk. Penyakit gusi akan menyebabkan sistem kekebalan tubuh lemah dan mempunyai penyakit gusi yang berbahaya. 

Monday, 29 May 2017

Floss penting untuk kesihatan gigi

Monday, 10 April 2017

Tanda-tanda mempunyai Kolesterol yang tinggi

Penjagaan kesihatan amat diperlukan oleh setiap masyarakat lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Di sini kami ingin berkongsi tanda-tanda anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Sedikit sebanyak perkongsian ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih menjaga diri sendiri. Jika tanda-tanda ini ada pada diri anda, sila berjumpa doktor ya.
Kaki sering rasa kebas adalah salah satu tanda kolestrol tinggi. Ia terjadi kerana darah bergumpal dan menyebabkan aliran ke kaki tidak lancar. Senak dada sebelah kiri akan terjadi apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. Peningkat kolestrol juga menyebabkan anda mudah letih dan mengantuk. Ini kerana peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini mengakibatkan aliran darah membawak oksigen ke otak terhalang membuatkan seseorang itu cepat mengantuk.
Apabila pembuluh darah makin sempit, kaki akan membengkak. Kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah. Selain dari itu akan timbul bintik-bintik putih pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurang sehingga menyebabkan rasa sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher.
Pada tengah atau hujung kelopak mata merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut. Jika tanda-tanda di atas terdapat pada diri anda, sila jaga kesihatan atau dapatkan khimat nasihat doktor.