Monday 30 May 2016

Tips – Tips Mengekalkan Kesihatan Unggul Bagi Wanita Hamil Yang Berpuasa pada Bulan Ramadhan

Doktor : "Bertuanya puan saat ini" (kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.

Puan : "Kenapa Doktor?" (balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu).

Doktor : "Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini, ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptanya. Puan sangat bertuah." 

Maka tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.

Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, Solat Tarawih, Iktikaf dan memburu malam lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada') puasanya kelak.

Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk  berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.

Namun ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.

Mereka menangguhkan masa untuk berbuka, "Tunggulah sentengah jam lagi". Bertapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Hal yang demekian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.

Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenanrnya sedang membahayakan janinnya sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanlah anank-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.

Di sini ingin saya berkongsikan tips-tips mudah bagi ibu hamil untuk mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah Cara Terbaik Bagi Wanita Hamil Berbuka Puasa ?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah) ;


    • susu atau yogurt rendah lemak;
    • sup jernih.
    Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
    • protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
    • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
    • dan, banyak sayur-sayuran.
    Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)

    Apakah Saya Perlu Makan Sahur Jika Saya Berpuasa Semasa Hamil ?

    Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

    Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi : 
    • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
    • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
    • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
    Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.

    Saya Suka Minum Kopi Atau Teh Selepas Berbuka. BAgaimana Saya Boleh Menggantikannya ?

    Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

    Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?

    Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
    • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
    • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi.

    Monday 23 May 2016

    Penyebab Diabetes

    Diabetes terjadi kerana kekurangan insulin, insulin merupakan zat yang dihasilakn pankreas untuk mengolah zat gula darah (glukosa) sehingga dapat menjadi tenaga. Namun makanan yang dimakan tidak akan menolong, sebab gula di dalam darah tetap tidak boleh diproses menjadi tenaga secara normal, walaupun kadarnya akan terus meningkat.Peristiwa tersebut disebut sebagai Hiperglikemia, iaitu pembentuakan glukosa yang terjadi di dalam darah.




    Terdapat 3 jenis utama Diabetes
    1. IDDM (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) - Kes ini berlaku sejak bayi kecil. Namun jumlahnya hanya 10% pergantungannya kepada insulin.
    2. NIDDM (Noninsulin Dependent Diabetes Mellitus) - 90% kes kencing manis adalah jenis ini. Ia berlaku selepas dewasa. ada 2 kemungkinan anataranyan kekurangan insulin atau insulin kurang aktif.
    3. Gestational Diabetes - Kes ini berlaku apabila ibu-ibu yang mana peringkat glukosa dalam aliran darah berlaku semasa mengandung "si ibu tidak mempunyai diabetes sebelum mengandung".
    Bagi pesakit yang kena diabetes ini tidak mempunyai ubat pemulihan segera tetapi ia boleh dikurangkan dengan proses PENCEGAHAN & PERHATIAN dapat memberi manfaat terhadap diri sendiri

    Golongan Yang Berpotensi
    • Obesiti (Kegemukkan).
    • Middle age.
    • Inactive.
    • Mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan kurang manis.
    Tanda- Tanda Diabetes
    • Keletihan/Kelesuan.
    • Dahaga yang luar biasa.
    • Kerap buang air kecil.
    • Kulit gatal - mudah jadi jangkitan.
    • Penglihatan mula kabur.
    • Hilang Imbangan
    • Luka lambat sembuh.
    • Kebas-kebas kaki.
    Komplikasi-Komplikasi Kencing Manis
    • Hilang penglihatan
    • Importancy
    • Gangrene
    • Infection
    • Serangan Jantung/Stroke (arteriosklerosis) - penyempitan arteri besar. Risiko 2 hingga 4 kali ganda. Untuk stroke 2 - 6 kali.
    • Masalah Neurologo (Neuropati) - Menjejaskan fungsi saraf seperti semut-semutan, rasa terbakar dan kebas
    • Tekanan darah tinggi.
    • Sakit buah pinggang.

    Keperluan Vitamin

    1.  B-COMPLEX  
    • Paling penting kerana ia dilibatkan secara rapat metabolisme gula pembebasan tenaga.
    • Dalam kes neuropati (kesakita atau gejala kebakaran) - 80% bertambah baik, dan mendapat kelegaan menyeluruh
    • Boleh meningkatkan penggunaan glukosa.
    • Amat penting bagi kencing manis jeni NIDDM.
    • Membantu bagi mereka yang mengalami ulser kaki dan juga ulser.
    • Kekurangan B 6 - keadaan ni lebih banyak berlaku berbanding orang biasa. B 6 perlu bagi bagi membolehkan metabolisma normal bagi asid amino yang dinamakan triton.
    2.  ZINC
    • Paling mustahak kerana insulin mengandungi ZINC paling tinggi.
    • ZINC banyak hilang waktu kencing dan ia perlu diganti.
    • Pankreas mengandungi kira-kira 1/2 jumlah simpanan ZINC berbanding orang normal.
    • ZINC merupakan komponen di dalam sebilangan enzim badan.
    • Bantu menyembuhkan luka dan insisi pembedahan.
    • Merangsang sistem pengimunan badan.
    3.  FIBER
    • Berfungsi mencegah perubahan paras gula darah secara mendadak.
    • kurang kolestrol total.
    • Orag kencing manis kerap kena sembelit jadi ia berfungsi untuk mengatasinya.
    4.  VITAMIN C
    • Memperbaiki sistem pengimun badan.
    • Melindungi daripada pencemaran persekitaran udara.
    • Menguatkan kapilari dan saluran darah agar saluran darah tidak mudah membocorkan darah dalam tisu.
    • Melindungi Vitamin E dalam badan.
    • Mengurangkan tempoh serangan selsema.
    • Perlindungan tahap kanser.

    Sunday 22 May 2016

    Bagaimana Pesakit Diabetes Menghadapi Ramadhan

    Panduan bagi pesakit diabetes untuk berpuasa dalam bulan Ramadan ini. Rujuk Pegawai Farmasi dan Doktor di Hospital dan Klinik Kesihatan untuk pengubahsuaian dos ubat-ubatan diabetes sebelum Ramadan 




    Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

    Monday 16 May 2016

    Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup 

    Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan segingga 2.7 juta nyawa ataumengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun! Sebelum ini saya ada kongsikan senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin yang anda boleh dapati di dalam peti dan dirumah anda sendiri.



    1.)  Membantu Proses Menurunkan Berat Badan

    Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk dihadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

    2.)  Mencantikan Kulit

    Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.

    3.)  Membina Dan Memperbaiki Tulang

    Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang berkerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

    4.)  Memastikan Sistem Imun Kuat

    Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

    5.)  Menangani Masalah Kesihatan

    Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam syur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.

    6.)  Mengurangkan Risiko Penyakit Berbahaya.

    Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, filtonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

    7.)  Kaya Dengan Sumber Protein Dan Mineral

    Kaya dengan sumber protein dan mineral, contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.

    8.)  Baik Untuk Kanak-Kanak

    Mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemankin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput dan sebagainya.

    9.)  Membantu Untuk Lebih Tenang

    Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contihnya, daun salad yang mengandungi karoti, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem panafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.

    10.) Penawar Semulajadi

    Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.

    Tuesday 10 May 2016

    9 Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Kita Tidak Pernah Peduli

    Sebut sahaja nama Kanser, mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarkannya, Namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenannya kanser, biar saya mulakan dengan pengenalan ciri-ciri sebenar apa yang di maksudakan dengan kanser.




    Apakah itu kanser ?Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
    • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel lain. Sel tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
    • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
    • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
    Lazimnya, dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap 'Tidak apa-apa' cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Saya tidak menyalahkan sesipa tetapi alangkah baiknya jika kita tadak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkah bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

    Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser.

    Bukan apa, Sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4. Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terijak dalam hidup ini. In Syaa Allah.

    1.)  Sakit Perut Atau Senak Perut
    • Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat/mengalami sakit perut tanpa sebab.
    2.)  Perut Kejang Dan Sakit Perut Berterusan
    • Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri.
    • Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencemaran, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyweluruh serta 'ultrasound'.
    3.)  Perut Berasid Atau Rasa Penuh Walaupun Makan Hanya Sedikit
    • Tanda awal yang palin lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati. Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hnaya makan sedikit sahaja.
    • Sakit yang tidak diketahui puncannya aatu sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "Pembunuh Senyap". Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.
    4.)  Kerap Demam Atau Terkena Jangkitan
    • Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilakan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit dan simptom seperti selsema dalam tempoh masa yang panjang.
    5.)  Muka Membengkak
    •  Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.
    6.) Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

    7.)  Lebam Teruk Atau Pendarahan Yang Tidak Berhenti
    • Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukimia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel lekumia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.
    8.)  Pendarahan Rektum Atau Darah Dalam Najis
    • Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal
    9.)  Puting Tetek Yang Bersisik Atau Mengeluarkan Cairan
    • Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.
    Sumber : Klinikkeputihan

    Monday 9 May 2016

    Pemakanan untuk Pesakit Kanser

    Pengenalan
    Semua orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan. Begitu juga dengan pesakit kanser. Tiada makanan yang dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan spesifik yang perlu dimakan atau dielak jika anda menghidapi kanser.
    Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser.Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan pengambilan makanan. Corak pengambilan makanan anda juga akan terganggu. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan bertenaga.
    Kepentingan Amalan Pemakanan yang Baik

    • Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
    • Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan lebih cepat.
    • Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan jangkitan.
    • Dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan ideal

    .
    Pemakanan Sebelum Rawatan
    Makan pelbagai jenis makanan akan menolong anda mendapat segala nutrien atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Anda memerlukan tenaga walaupun anda tidak aktif seperti biasa. Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu mencukupi.
    Makanan berprotein juga  amat penting untuk memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau infeksi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbangkan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.
    Masalah Pemakanan Semasa Rawatan dan Cara Mengatasi
    Rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser, namun begitu ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Pelbagai kesan sampingan akan dialami. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, lamanya masa rawatan dan dos rawatan. Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan berakhir selepas rawatan selesai.
    Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan makanan dan menyebabkan anda mengalami masalah pemakanan. Antara masalah yang dihadapi dan saranan untuk mengawal  adalah seperti jadual di bawah:


    Pemakanan Selepas Rawatan
    Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
    • Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
    • Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
    • Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
    • Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
    • Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
    Sumber : Myhealth