Monday 13 February 2017

VIRUS ZIKA



Anda pasti telah terbaca, atau terdengar nama Zika disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Amaran tentang Zika yang sedang melanda beberapa kawasan di luar negara membuatkan netizen tertanya-tanya;

“Saya mengandung, apa akan terjadi jika saya dijangkiti Zika?”

“Zika tu apa? Siapa?”



Mari kita berkenalan dengan Zika.



Zika merupakan jangkitan virus yang agak serupa dengan denggi dan chikugunya. Ianya disebarkan melalui gigitan nyamuk spesis aedes yang aktif di siang hari.



Jika dijangkiti virus Zika, 1 dalam 5 pesakit akan menunjukkan simtom-simtom seperti demam, sakit tubuh badan dan sendi, kepenatan, sakit kepala, mata merah dan bintik-bintik merah di kulit. Simtom-simtom Zika ini selalunya tidak teruk dan amat jarang bagi pesakit memerlukan rawatan sebagai pesakit wad. Hal ini berlainan bagi pesakit yang mengandung. Kita akan bincangkan perihal Zika dan wanita hamil sebentar lagi.



Diagnosis Zika dibuat dengan mengenalpasti simtom, bertanya perihal percutian ke luar Negara dan memastikan bahawa pesakit bukan menghidapi jangkitan lain seperti demam denggi, chikugunya, campak atau rubella. Selepas dijangkiti, zika mempunyai tempoh inkubasi selama 3-12 hari. Meskipun tiada ubat untuk jangkitan zika, simtom2 simtom penghidap zika akan hilang sendiri dalam masa seminggu.


Rawatan



Setakat ini, tiada vaksin atau ubatan untuk penghidap Zika. Jika dijangkiti, rawatan cumalah berdasarkan simtom. Oleh itu :

  1. Rehat secukupnya
  2. Minum banyak air masak untuk mengelakkan dehidrasi
  3. Ambil Panadol/paracetamol untuk mengurangkan demam
  4. Jauhi ubatan dari kumpulan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti aspirin, ponstan, ibuprofen hingga denggi telah dikecualikan (untuk mengelakkan risiko denggi berdarah)
  5. Elakkan gigitan nyamuk pada minggu pertama jangkitan, memandangkan nyamuk merupakan pembawa/vector bagi zika


Zika dan Wanita Hamil



Berdasarkan laporan setakat ini, adalah dibimbangkan jika wanita yang hamil dijangkiti Zika, terdapat potensi untuk jangkitan itu menular kepada bayi di dalam kandungan. Beberapa kes telah melaporkan keadaan bayi yang dilahirkan tidak normal setelah ibu yang sedang hamil terkena jangkitan.



Laporan terbaru dari Brazil menunjukkan potensi anak-anak dari ibu hamil yang dijangkiti Zika telah dilahirkan dengan simtommicrocephaly. Microcephaly adalah satu kondisi neurologi dimana kepala bayi adalah jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan bayi lain yang sama umur dan jantina. Bayi atau kanak-kanak dengan microcephaly selalunya menunjukkan masalah dalam perkembangan neurologi dan kognitif. Walaubagaimanapun, perkara ini memerlukan siasatan dan penyelidikan sepenuhnya di tahap global.



Oleh kerana masih banyak persoalan tentang efek Zika pada wanita hamil dan janinnya, wanita yang sedang hamil atau berhasrat untuk hamil dalam masa yang terdekat dinasihatkan supaya tidak melancong ke negara-negara atau kawasan yang diketahui sebagai kawasan Zika. Jika tidak dapat menjauhi kawasan terbabit, wanita-wanita hamil perlu memastikan mereka dapat menghindari gigitan nyamuk. Oleh itu :

  • Pakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh (lengan dan kaki)
  • Guna insect repellent yang mengandungi DEET, picaridin, minyak limau eucalyptus (OLE), atau IR3535. Sentiasa baca arahan pengguna.
    • Insect repellents yang mengandungi DEET, picaridin, dan IR3535 adalah selamat untuk digunakan sewaktu hamil, ibu yang menyusu dan kanak-kanak lebih 2 bulan jika digunakan menurut arahan pengguna. Minyak limau eucalyptus tidak sesuai untuk digunakan oleh bayi di bawah umur 3 tahun.
  • Jika menggunakan pelindung matahari dan insect repellent, sapu pelindung matahari dahulu sebelum repellent.
  • Guna kelambu jika perlu
  • Tidur di dalam bilik yang berhawa dingin atau terlindung dari nyamuk.
  • Musnahkan kawasan pembiakan nyamuk


(dipetik dari New Zealand Ministry of Health)



Sekiranya anda hamil dan menunjukkan simtom bintik-bintik merah, mata merah (konjunktivitis), demam dan sakit sendi dalam masa 14 hari selepas berada di kawasan yang dilanda Zika, jumpa doctor dengan kadar segera



Negara yang telah dipastikan terdapat laporan jangkitan Virus Zika dalam masa 9 bulan (pada 19 Januari 2016)



Barbados •Bolivia •Brazil •Cape Verde •Colombia •Ecuador •El Salvador •Fiji •French Guiana •Guadeloupe •Guatemala •Guyana •Haiti •Honduras •Maldives •Martinique •Mexico •New Caledonia •Panama •Paraguay •Puerto Rico •Saint Martin •Samoa •Solomon Islands •Suriname •Thailand •Venezuela





Tuesday 7 February 2017

Apricon : 10 Tanda penyakit yang boleh dilihat pada kaki kita

1. Kering dan mengelupas


Jika anda telah menggunakan pelembap dan ia tidak berkesan, kemungkinan anda mengalamai masalah tiroid. Apabila kelenjar tiroid (kelenjar di pangkal leher) tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengalami masalah untuk menghasilkan hormon tiroid, yang berfungsi dalam mengawal kadar metabolik, tekanan darah, pertumbuhan tisu badan, dan pembentukan sistem rangka dan saraf. 

"Masalah tiroid menyebabkan kekeringan kulit yang teruk," kata Marlene Reid, DPM, pakar kaki di Naperville, Illinois. 
"Apabila kita melihat kekeringan pada kaki, atau jika penggunaan pelembap tidak berkesan lebih dari beberapa hari, kita biasanya merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk memastikan sama ada tiroid mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak." 

Kuku yang rapuh juga merupakan salah satu tanda kompilasi tiroid.

2. Jari kaki botak

Kemungkinan anda mengalami penyakit arteri. Jika bulu di jari kaki anda hilang tiba-tiba, ia menandakan peredaran darah yang lemah disebabkan oleh peripheral arterial disease (PAD). 

"Tanda-tanda PAD adalah termasuk kadar pertumbuhan rambut menurun pada kaki dan pergelangan kaki, jari kaki ungu, dan kulit nipis atau berkilat," kata Suzanne Fuchs, DPM, pakar bedah Podiatric di North Shore University Hospital di New York.

3. Ulser yang tidak sembuh


Kemungkinan anda mengalami kencing manis. Tahap glukosa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf dan menyebabkan masalah pada peredaran darah sehingga darah tidak sampai ke kaki. Sekiranya terdapat luka pada kaki, dan darah tidak dapat mengalir ke luka, kulit tidak akan dapat pulih dengan sempurna. 

"Ramai pesakit kencing manis yang di diagnosis adalah disebabkan masalah yang terdapat pada kaki mereka," kata Reid. 

Tanda-tanda kencing manis mungkin termasuk rasa cucukan atau kebas pada kaki.

4. Ibu jari kaki yang membesar dan menyakitkan


Mungkin ia terjadi berdasarkan pemakanan anda. Jika ia terjadi selepas anda makan sesuatu, anda mungkin mengalami gout, sejenis radang sendi yang sering terjadi pada sendi ibu jari kaki. Makanan yang mempunyai tahap purin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daging merah, ikan, dan sesetengah alkohol, boleh mencetuskan serangan gout dengan menaikkan tahap asid urik di dalam badan. Asid urik biasanya dibuang melalui air kencing, tetapi penghasilan yang berlebihan atau masalah perkumuhan berlaku pada sesetengah orang.

"Anda dapat melihat pemendapan asid urik pada sendi, biasanya pada ibu jari atau pergelangan kaki," kata Bob Baravarian, DPM, pakar Podiatric kaki dan buku lali di Providence Saint John's Health Center di Santa Monica, California.
"Pesakit akan bangun dengan sendi yang bengkak, merah dan keras. Ia amat pedih."

5. Garis merah yang kecil di bawah kuku jari kaki


Selalu terdapat pada pesakit yang menghidap jangkitan pada jantung. Jalur-jalur merah di bawah kuku kaki atau kuku merupakan tanda saluran darah yang pecah yang dikenali sebagai serpihan pendarahan (splinter hemorrhages). Ini berlaku apabila darah beku yang kecil merosakkan kapilari darah di bawah kuku. Ia merupakan tanda seseorang itu mengalami endocarditis, sejenis jangkitan yang berlaku pada lapisan dalaman jantung. Seseorang yang mengalami penyakit jantung atau seseorang yang mempunyai masalah sistem imun yang kronik (seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit HIV, dan pesakit kencing manis) mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap endocarditis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung jika tidak dirawat. Jika anda perasan terdapat serpihan pendarahan pada kuku kaki atau kuku anda, dan jari anda tidak mengalami sebarang kemalangan, terhantuk dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan jantung dan peredaran darah.

6. Kaki yang berpintal (tidak dapat memijak dengan rata)


Kemungkinan anda mengalami kanser paru-paru atau penyakit jantung. Lain-lain tanda yang terdapat pada kedua-dua jari kaki dan jari, sering dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan paru-paru yang kronik, penyakit jantung, atau penyakit usus. Kanser paru-paru dan penyakit jantung mengurangkan ketahanan pembuluh darah, bermaksud aliran darah ke arteri kecil di kuku kaki dan hujung jari akan meningkat. Tisu akan membengkak lalu mengakibatkan kaki berpintal (jari dan jari kaki yang lebih besar dan bulat). 

7. Kuku kaki berongga

Kemungkinan anda menghidap psoriasis (penyakit kulit yang berwarna merah, gatal dan bersisik). Jika terdapat lubang kecil, alur, atau rabung di kuku kaki anda, anda mungkin mempunyai psoriasis kuku.

"Jika anda tidak pernah disahkan mengalami psoriasis, tetapi kuku kaki anda mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan," kata Gary A. Pichney, DPM, pakar bedah Podiatric dari The Institute for Foot and Ankle Reconstruction di Mercy Medical Center. 

Gejala lain termasuklah tompok putih dan garis mendatar merentasi kuku.

8. Kuku melengkung (Spooned nails)


Kemungkinan anda mengalami anemia atau lupus (sejenis penyakit kulit). Kuku jari atau kuku jari kaki yang melengkung seperti sudu, menunjukkan kekurangan zat besi, serta hemochromatosis (penghasilan zat besi yang berlebihan), penyakit Raynaud (memberi kesan terhadap darah yang disalurkan ke jari dan jari kaki), dan kadang kala lupus (penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang sel, tisu dan organ). Kadang-kadang ia berlaku pada bayi, tetapi ia akan semakin pulih apabila bayi semakin membesar.

9. Garis lurus bawah kuku jari kaki


Kemungkinan anda menghidap kanser kulit. Garis menegak dan gelap di bawah kuku jari kaki mungkin petanda bahawa terdapat melanoma lentiginous acral, atau melanoma yang tersembunyi - sejenis kanser kulit yang muncul pada bahagian badan yang tersembunyi. (Lain-lain kanser kulit yang tersembunyi adalah di mata dan mulut.)

"Akan terdapat satu garis hitam dari pangkal kuku anda hingga ke hujung kuku," kata Pichney.

"Ia boleh dilihat oleh podiatrist atau dermatologist. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia bukan kulat, yang biasanya berwarna kuning coklat dan kadang kala berlaku di seluruh kuku."

10. Berbentuk seperti gerbang tinggi secara tiba-tiba



Kemungkinan anda mengalami kerosakan saraf.

"Jika seseorang mempunyai penipisan otot kaki yang berbentuk arch, ia boleh menjadi satu petunjuk keadaan neurologi yang dikenali sebagai Charcot-Marie-Tooth (CMT)." says Pichney.
CMT juga boleh menyebabkan perubahan pada gaya berjalan, kebas pada kaki, sukar untuk mengimbang badan, kehilangan otot di kaki, yang kemudiannya boleh berlaku pada lengan dan tangan.


Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya, anda mampu mengesan dan merawat penyakit di peringkat awal.

Sumber: Reader's Digest