Wednesday 28 September 2016

Vitamin B17 Terapi Penawar Kanser

 B17 aprikot bantu terapi  kanser


JIKA disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.
Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.
Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.
Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.
Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.
Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.
Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.
Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.
Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.
Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.
Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.
Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
“Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser”
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman.
“Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali”
Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.
Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.
Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.

Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia,Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.
Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.
Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan.
Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.
Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.
Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.




Artikel Penuh: utusan Melayu

Monday 19 September 2016

Apakah Sebab Sakit Rahang?

Apakah sendi rahang mulut?

Kita mempunyai sepasang sendi rahang yang berhubung terus dengan tengkorak pada bahagian skuamus tulang pelipis (temporal bone). Dengan adanya sendi rahang, kita boleh membuka dan menutup mulut dengan sempurna. Terdapat satu lapisan memisahkan sendi rahang dengan tulang pelipis. Ia dikenali sebagai disk artikular (articular disc). Disk artikular ini dikenali juga sebagai meniskus, ia berbentuk cembung, dan bersifat ‘fibrocartilage’. Ia membantu dan memudahkan pergerakan sendi rahang. Pada bahagian ini juga terdapat otot, salur darah dan saraf.

American Academy of Orofacial Pain (AAOP) telah mengklasifikasikan masalah ini kepada dua keadaan. Keadaan yang pertama ialah melibatkan masalah pada otot [Muscle related-TMD (MrTMD)] dan yang kedua pula melibatkan masalah pada sendi (Joint-related TMD (Jr-TMD)). Masalah yang pertama sering berlaku. Pesakit akan mengadu sakit pada bahagian otot muka, pembesaran otot juga mungkin berlaku. Masalah ini selalu terjadi kepada pesakit yang suka mengunyah pada waktu malam tanpa sedar (bruxism) atau suka mengetap gigi setiap masa atau semasa stress (clenching). Kekadang tabiat menggigit pensel dan kedudukan badan yang tidak betul juga menjurus ke arah masalah ini. Masalah kedua lebih kepada pesakit yang sedia ada mempunyai penyakit sendi seperti radang pada sendi (arthritis), gout, jangkitan kuman atau neoplasia.

Kenapa ia boleh terjadi?

Mr-TMD boleh berlaku akibat penggunaan otot muka yg sangat aktif (bruxism/clenching). Ia juga boleh berlaku sekiranya perubahan oklusi gigi seperti tampalan gigi yang tinggi dan pesakit tidak dapat menyesuaikan diri dengan posisi tampalan tersebut. Kadang-kadang stress, posisi duduk yang tidak betul juga memainkan peranan kepada masalah ini.

Jr-TMD pula, masalah yang selalu terjadi adalah ‘disc displacement-DD’. Terdapat dua jenis DD iaitu ‘anterior disc displacement with reduction’ dan ‘anterior disc diplacement without reduction’. Masalah pertama melibatkan disk kembali kepada kedudukan asal dan yang kedua pula ia kekal pada kedudukan abnormal. Pesakit akan sukar untuk membuka mulut dengan luas. Sendi juga akan berbunyi.

Epidemiologi

Berdasarkan kajian, 75 peratus populasi mempunyai simptom atau tanda menghadapi masalah ini dan didapati hanya lima peratus hingga 10 peratus pesakit sahaja yang memerlukan rawatan selanjutnya dari pakar pergigian. Majoriti pesakit yg mengalami masalah ini ialah wanita yang berusia di antara 20 hingga 40 tahun.

Aduan pesakit

Untuk membuat diagnosis bagi sesuatu masalah, pegawai pergigian perlulah bertanya sejarah pesakit dan melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Selalunya pesakit akan mengadu terlalu banyak duduk menggunakan komputer, stress, pernah mengalami kecederaan pada bahagian muka, sakit pada bahagian leher dan bahu, suka mengetap gigi dan mengunyah gigi pada waktu malam. Pesakit juga akan mengadu sakit kepala, leher dan bahu serta sakit pada kawasan telinga, tidak boleh membuka mulut dengan luas, dan sendi berbunyi apabila membuka mulut. Gigi pesakit juga tampak haus, agak rata bergerigi dan ngilu/sensitif.

Rawatan

Sebelum rawatan, prosedur x-ray akan diambil pada kawasan sendi untuk meneliti punca masalah sebenar pada kawasan tersebut. Kadang-kadang tiada abnormaliti yang dapat dikesan. Kadang-kadang pula kita akan mendapati permukaan sendi akan menunjukkan tanda-tanda haus. CT scan dan MRI scan juga boleh digunakan untuk melihat lebih teliti kawasan yang bermasalah tersebut. Prosedur seperti biopsi juga boleh dilakukan untuk mengesan rheumatoid factors, antinuclear antibody dan antibodi yang lain sekiranya penyebab TMD adalah rheumatoid artritis, temporal arteritis atau masalah pada tisu penghubung. Kandungan asid urik juga boleh diperiksa jika gout menyumbang masalah sendi rahang.

Kebanyakan masalah sendi rahang ini akan pulih sendiri dan tidak menjadi teruk. Rawatan selalunya melibatkan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan stress, urutan pada bahagian yang sakit, meletak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit, betulkan kedudukan badan semasa membuat kerja. Selain itu, tabiat seperti menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi hendaklah dielakkan. Splint pula akan diberikan kepada pesakit dan hendaklah dipakai terutama pada sebelah malam untuk membuang tabiat mengunyah gigi semasa tidur. Pesakit juga akan diajar oleh pakar pergigian bagaimana untuk membuat senaman rahang. Ubat tahan sakit juga boleh digunakan. Kadang-kadang ubat untuk kemurungan (antidepressant) juga boleh diberikan kepada pesakit untuk mengatasi masalah ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, rawatan masalah TMD adalah mudah, dan prognosisnya adalah baik. Simptom selalunya akan berkurangan sekiranya pesakit melakukan apa yang diarahkan dengan betul.


Friday 16 September 2016

Apricon Farmashealth kaya dengan Vitamin B17 Laetrile


Fungsi Vitamin B17:
Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel-sel kanser, enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser akan menguraikan elemen-elemen yang terdapat dalam vitamin B17. Seterusnya, elemen-elemen yang terdapat di dalam Vitamin B17 yang telah terurai akan bertindak membunuh sel-sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan akan ditukar oleh enzim Rhodenase kepada elemen-elemen positif. Ia juga membantu mengurangkan keasidan dan toksin di dalam darah.
Lain-lain kelebihan Vitamin B17
Membantu merawat dan mengatasi masalah berikut:
  • Leukimia,
  • Kanser Payudara,
  • Kanser Serviks,
  • Kanser Otak,
  • Kanser Hati,
  • Kanser Tulang,
  • Kanser Lymfoma,
  • Kanser Rahim,
  • Kanser Perut,
  • Kanser Prostat,
  • Kanser Usus,
  • Kanser Kulit, dan pelbagai jenis kanser lain.
  • Penyakit kencing manis,
  • Penyakit jantung,
  • Darah tinggi,
  • Gout, asma,
  • Sakit sendi,
  • Masalah buasir.
  • Masalah berat badan,
  • Masalah kolestrol tinggi dalam darah,
  • Masalah ketidakseimbangan gula dalam darah,
  • Masalah haid tidak teratur dan keputihan.
  • Komplikasi masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran UV, gatal-gatal dan alahan.
  • Masalah jerawat dan resdung serta bertindak sebagai agen anti-penuaan.
Pandangan Pakar
Dr. Phillips E. Binzel, Pakar Kanser, Ohio, USA
Vitamin B17 adalah bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan. Nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser.
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser.
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman
Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.
Dr. Hans Nieper, Pakar Kanser dari Jerman Barat
Setelah melebihi 20 tahun pengalaman sebagai pakar kanser, saya dapati vitamin B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan tiada vitamin lain melainkan vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.
Cadangan pemakanan
Cegah Kanser: 2-4 kapsul 500mg 3 kali sehari
Rawat Kanser: 4 kapsul 500mg 6 kali sekali




Thursday 8 September 2016

FLOSS PENTING UNTUK KESIHATAN GIGI

Menggosok gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan floss. Ia sebenarnya MAMPU membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.
Flos adalah satu tindakan membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang. Jika biasanya hanya gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash, menggunakan floss adalah rawatan pembersihan rongga mulut khususnya bahagian gigi dengan lebih sengit. Jadi, menggunakan floss dilakukan dengan meletakkan benang di cela setiap gigi kemudian menarik – nariknya.
Jika anda tidak floss gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik. Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan floss.
Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot. Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.
1. Mencegah terbentuknya tartar
Yang dimaksudkan dengan tartar adalah timbunan lapisan plak yang keras. Biasanya ini berlaku akibat lapisan plak yang tidak akan dibersihkan. Kerana sudah mengeras inilah, tartar menjadi lebih sukar untuk dilenyapkan. Asal kamu tahu saja, tartar ini juga boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis.
2. Mencegah gigi berlubang
Apa penyebab utama gigi boleh sampai berlubang? Kerana adanya makanan yang masih melekat pada gigi atau terselit di antara gigi. Jika terjadi sebegini, menggunakan floss lebih berkesan daripada gosok gigi untuk membersihkan sisa makanan.
3. Mencegah bau mulut
Tidak hanya menyebabkan gigi berlubang, sisa makanan yang masih berada di kawasan gigi akan membusuk yang kemudian menimbulkan bau tidak enak. Jadi secara tidak langsung, menggunakan floss juga membantu mencegah bau mulut.
4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Bakteria dari mulut boleh merebak ke kawasan lain dari tubuh. Anda ingin menjaga jantung anda sihat dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mempunyai mulut yang sihat. Ketika mikroorganisma yang dijumpai di mulut merebak ke jantung, anda mungkin mengalami komplikasi jantung. Menggunakan floss dapat menyelesaikan masalah ini.
5. Mengurangkan Risiko Diabetes
Jika anda menderita diabetes maka anda boleh merumitkan keadaan kesihatan anda ketika anda mempunyai kebersihan gigi yang buruk. Penyakit gusi akan menyebabkan sistem kekebalan tubuh lemah dan mempunyai penyakit gusi yang berbahaya. 

Thursday 1 September 2016

KEKUATAN APRIKOT VITAMIN B17

Biji aprikot kaya dengan sumber Vitamin B17, Asid Oleik, Asid Linoleik, dan beberapa vitamin lain serta mineral semulajadi. Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan biji aprikot mengandungi:
  • Vitamin B17 yang bertindak sebagai agen kemoterapi semulajadi untuk mencegah kanser,
  • Memulihkan masalah sistem metabolik dan meningkatkan imunisasi,
  • Asid Oleik dan Asid Linoleik berkesan bagi membantu mengawal paras kolesterol dalam darah,
  • Mengurangkan risiko masalah salur darah tersumbat,
  • Bersifat anti-diabetik (mengawal paras gula dalam darah) dan anti-keradangan,dan
  •  Kandungan thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C dan vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang menghalang tindakan radikal bebas.

 Aprikot Vitamin B17 Juga Mampu Untuk menyembuhkan penyakit lain... Seperti Testimoni di bawah 

Vitamin B17 juga mampu untuk menyembuhkan penyakit kencing manis.

Vitamin B17 juga mampu untuk menyembuhkan penyakit Cyst.

Vitamin B17 juga mampu untuk menyembuhkan Fibroid & Senggugut.