Tuesday 25 October 2016

10 Cara Mudah Untuk Menghindari Kanser

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara mudah yang kita boleh lakukan untuk menghindari kanser. Antaranya adalah:

1. Kurangkan minuman bergula


Minuman bergula bukan sahaja menyumbang kepada penyakit obesiti dan diabetis, malah ia juga mampu meningkatkan risiko menghidap kanser endrometrium (dinding rahim). Berdasarkan kajian dari University of Minnesota School of Public Health, wanita yang minum minuman bergula dalam kuantiti yang banyak mempunyai risiko sebanyak 87% untuk menghidap kanser endrometrium.

2. Makan "resistant starch"


Resistant starch adalah kanji yang tidak diserap ke dalam darah, sebaliknya ia akan menjadi serat dan akan dilupus dengan cepat. Kanji ini boleh ditemui pada makanan seperti pisang hijau, kacang putih dan oat yang telah dihancurkan. Kanji ini boleh membantu mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser usus yang terjadi akibat dari pemakanan daging merah yang tinggi. Berdasarkan jurnal Cancer Prevention Research, peserta yang menyertai kajian tersebut mempunyai peningkatan sebanyak 30% pertambahan sel pada tisu rektum (dubur) selepas memakan 300g daging merah dalam sehari untuk empat minggu. Selepas menambah 40g resistant starch semasa memakan daging tersebut dalam sehari, level pertambahan sel kembali menurun ke tahap yang normal.

3. Kurangkan duduk, lebihkan berdiri


Kajian terbaru menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa dengan duduk sepanjang hari memiliki risiko sebanyak 24% untuk menghidap kanser usus dan endometrium berbanding golongan yang kurang menghabiskan masa dengan duduk. Kajian lain menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa di hadapan tv mmpunyai risiko sebanyak 54% untuk menghidap kanser usus berbanding mereka yang kurang menonton tv. Cara paling mudah yang kita boleh lakukan, kita boleh bangun dan berjalan untuk beberapa minit sekurang-kurangnya setiap satu jam. 

4. Makan brokoli yang telah dikukus


Brokoli adalah sayur yang boleh menghalang kanser yang kita perlu makan selalu. Tetapi, menurut penyelidik dari Itali yang telah membuat kajian mengatakan bahawa brokoli yang telah dikukus mengandungi lebih glukosinolat (komponen sihat dari sayur) berbanding brokoli yang direbus, digoreng atau dimasukkan ke dalam microwave. Ini adalah kerana menurut Harvard Family Health Guide, nutrien dari brokoli akan melarut ke dalam air dan bukannya kekal di dalam sayur. 

5. Makan bawang putih


Herba ini mempunyai sebatian allyl sulfur yang boleh merangsang sistem imun terhadap kanser, dan mungkin mempunyai potensi untuk membantu badan menyingkirkan bahan kimia yang menyebabkan kanser dan membantu sel kanser mati secara semula jadi (proses ini dipanggil apoptosis). Iowa Women’s Health Study menunjukkan wanita yang memakan bawang putih dalam jumlah yang tinggi mempunyai risiko 50% lebih rendah untuk menghidap kanser usus berbanding wanita yang makan sedikit.

6. Minum teh hijau


Menurut Institut Kanser Kebangsaan, lebih dari 50 kajian terhadap kaitan antara teh hijau dengan risiko kanser telah diterbitkan sejak 2006.  Sesetengah kajian menemui bahawa golongan yang suka meminum teh mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap kanser payudara, ovari, usus, prostat dan paru-paru. Khasiat penyembuhan teh hijau telah di iktiraf di Asia selama beribu-ribu tahun. Sesetengah saintis percaya bahawa bahan kimia di dalam teh hijau, EGCG, boleh menjadi salah satu sebatian anti-kanser yang paling kuat, memandangkan ia mempunyai bilangan antioksidan yang tinggi. 

7. Tidur dalam keadaan yang gelap


Kajian menunjukkan pendedahan terhadap cahaya pada waktu malam boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan payudara di kalangan wanita. Cahaya ini menyekat penghasilan melatonin (bahan kimia otak yang mengawal kitaran tidur dan jaga manusia). Kajian menunjukkan risiko kanser payudara meningkat terhadap golongan wanita yang tidak tidur semasa paras melatonin mereka berada pada tahap tertinggi. 

8. Berjalan 30min sehari


Berdasarkan Fred Hutchinson Cancer Research Center, lebih dari 24 kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang bersenam mempunyai risiko kurang dari 30% - 40% untuk menghidap kanser payudara berbanding wanita yang kurang aktif. Senaman yang sederhana menurunkan paras estrogen di dalam darah (hormon yang memberi kesan terhadap risiko kanser payudara).

9. Minum susu

Image result for Minum susu


Kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium mampu melindungi manusia dari kanser usus. Peserta dariNurses' Health Study yang mengambil kalsium lebih dari 700mg sehari mempunyai 45% pengurangan terhadap risiko menghidap kanser usus berbanding mereka yang mengambil kalsium 500mg atau kurang dalam sehari. 700mg susu boleh disamakan dengan secawan yogurt rendah lemak pada waktu pagi (345mg), secawan susu rendah lemak pada tengahari (300mg) dan secawan bayam bersama hidangan makan malam (292mg).

10. Elakkan dry-cleaning

Image result for dry-cleaning

Banyak kedai dobi masih menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai PERC (perchlorethylene), yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati, dan kanser melalui pernafasan atau keadaan yang terdedah terhadap bahan kimia tersebut berulang kali. Dengan membeli pakaian yang tidak memerlukan cucian kering, atau mencuci dengan tangan anda sendiri boleh mengurangkan risiko anda terdedah kepada bahan kimia ini. Jika anda memerlukan cucian kering, keluarkan pakaian anda dari beg plastik dan jemurkan di luar atau di bilik lain sebelum memakainya.

Sumber: Reader's Digest

Thursday 13 October 2016

Health Benefits of Apricots

The health benefits of apricot include its ability to treat indigestion, constipation, earaches, fevers, skindiseases, cancer and anemia. Apricot oil is useful for treating strained muscles and wounds. It is also believed that apricot is good for skin care, especially for women. This is why you find it added in various cosmetics. Furthermore, apricots have the ability to improve heart health, reduce cholesterol levels, prevent the deterioration of vision, help you to lose weight, treat respiratory conditions, boost bone strength, and maintain electrolyte balance in the body.

Apricots can be consumed directly, or dried and then eaten as a variety of dried fruit. It is also used in the preparation of various juices, jams, squash and jellies. Apricot oil can also be obtained from its kernel, and those powerful essential oils also have a lot of important impacts on health.

Apricots, scientifically known as Prunus armeniaca, is closely related to plums. It is difficult to understand the exact order of cultivation around the world, since it was both found wild and grown in prehistoric times. The scientific name is derived from Armenia, which is where most scientists believe apricots originated. However, they were also present in ancient Greece and Rome, and many other experts claim that original cultivation happened in India more than 3,000 years ago. The disputed origins are not important, but the impact of apricots on human health certainly is!

Apricots are small drupes that resemble peaches or plums. They have a soft, tangy flesh beneath a thin outer skin. In the middle of the apricot is a large pit, which is inedible, so be careful when taking that first big bite! They are typically yellow or orange, with a slight tinge of red on one side. They can be enjoyed in a wide variety of ways, and every culture treats apricots differently! One of the reasons they have been so popular throughout history is that they can be directly linked to a number of health benefits, due to their unique organic compounds, nutrients, vitamins, and minerals, which are listed below.


Nutritional Value of Apricots

The impressive health benefits of apricots are due to the content of vitamins, including vitamin A,vitamin C,vitamin K,vitamin E, and niacin in significant amounts, as well as a number of other essential vitamins in trace amounts (less than 5% of daily requirement), as well as their mineral content, which includespotassium, copper manganese, magnesium, and phosphorous. Apricots are also a very good source of dietaryfiber, like most fruits.

Health Benefits of Apricots

The health benefits of apricots include the following:

Constipation: Apricots are rich in fiber and are therefore good for smooth bowel movements. It is often recommended to patients who regularly suffer from constipation due to its laxative properties. Fiber is a way to bulk up the stool. In this way, it becomes easier to transport through the bowels to its eventual excretion from the body. Fiber stimulates the gastric and digestive juices that help absorb the nutrients and break down the food for easier processing. Furthermore, fiber also activates the peristaltic motion of the digestive tract, and those smooth muscles movements are what keep your bowel movements regulated.

Apricot3Bone Health: Apricots have either significant or moderate amounts of all the minerals necessary for healthy bone growth. Calcium, phosphorous, manganese, iron, and copper all play a certain role in the creation of bone matter. Therefore, eating apricots can ensure the healthy growth and development of your bones, as well as preventing various age-related conditions, including osteoporosis.
Heart Health: Apricots are a wonderful way to protect your heart from a wide variety of diseases, includingatherosclerosis, heart attacks, and strokes. The high amount of vitamin C, as well as potassium and dietary fiber, all contribute to good cardiovascular health. Vitamin C protects the heart from free radicals, potassium lowers blood pressure by relaxing the tension of blood vessels and arteries, while dietary fiber scrapes the excess cholesterol from the lining of the vessels and arteries, thereby clearing them and reducing the strain on the heart. All together, these properties of apricots make it ideal for boosting heart health.

Fluid Levels and Metabolism: Fluid levels throughout the body are dependent mainly on two minerals,potassium and sodium. The high amounts of potassium in apricots has been linked to maintaining fluid balance in the body, and ensuring that energy is properly distributed to the right organs and muscles. By maintaining a healthy balance of electrolytes, you can have more energy, reduce cramping, and keep blood and usable energy pumping through your body as you need it.

Earaches: Apricot oil is good for earaches, although the exact mechanism is still being studied. Dripping a few drops into the affected ear canal should prove to be a fast remedy. Scientists assume it has something to do with the antioxidant materials that apricot essential oil contains.

Fevers: Apricot juice is often given to patients suffering from fever because it provides necessary vitamins, minerals, calories and water to the body, while also detoxifying various systems and organs. Some people also use steamed apricot to relieve fevers. In this way, apricot is a soothing, anti-inflammatory substance that can also impact the body’s overall temperature level when you aren’t sick. Furthermore, it can reduce inflammation in other parts of the body, like for people who suffer from arthritis or gout.

Skin Disorders: Apricot oil is good for skin care. It is quickly absorbed by the skin and does not keep the skin oily after it is applied. Apricots are not just useful for maintaining the smooth and shiny appearance of the skin; it also aids in treating a number of skin diseases including eczema, itching, scabies, and a number of other irritating conditions. This is specifically due to the antioxidant compounds found within apricots. Not only does it have a healthy amount of vitamin A (60% of your daily requirement per serving), which has long been associated with healthier skin, but the antioxidants in apricots protect the skin from the effects of free radicals, which can lead to skin deterioration and signs of premature aging.

apricotinfoAnemia: Owing to thepresence of iron and copper, apricots help in the formation of hemoglobin when you consume them. This property helps in treating anemia. Anemia is basically iron deficiency, and it can lead to weakness, fatigue, light headedness, digestive issues, and general metabolic function. Without red blood cells, the body can’t reoxygenate itself properly, and organ systems begin to malfunction. Iron is a key part of red blood cell formation, as is copper. Both of these minerals are present in apricots, making it a great tool to boost metabolism and keep the body functioning properly.

Cancer: The seeds of apricot are believed to aid in the treatment of cancer. Between the carotenoids and the other antioxidant compounds that apricots have, it is no surprise that they are a threat to free radicals. Free radicals are the dangerous byproducts of cellular metabolism that can cause healthy cells to mutate their DNA into cancerous cells. Antioxidants neutralize these harmful compounds and ensure that the body doesn’t contract conditions like cancer, heart disease, Alzheimer’s disease, and aging skin. Apricots have been directly linked to reducing the risk of cancer.
Asthma: It is also believed that apricot oil is anti-asthmatic in nature and helps in treating the disease and its related symptoms. It has certain expectorant and stimulant qualities due to its essential oils. One of these can help to relieve pressure and stress on the lungs and respiratory system, thereby preventing asthma attacks before they begin.

A Few Words of Caution: There are no inherent dangers of eating apricots, except for normal allergies that some people might have. However, there is some concern about the healthy nature of dried fruit, which apricot is frequently made into. Sulphites have been found in most dried foods, and that is not a good thing.Sulphites can seriously impact asthma and induce asthmatic attacks. Therefore, as an asthma medicine, use fresh apricots, rather than dried versions. Other than that friendly caution, enjoy the tangy, sweet taste of apricots and see all the good it can do!

References : Organic Facts

Wednesday 5 October 2016

Kanser Telinga, Hidung & Tekak Masih Boleh Dirawat

Statistik yang pernah direkodkan pada tahun 2006 menunjukkan ia antara kumpulan kanser utama (2,884 kes) yang pernah menggemparkan negara. Dan kanser ini juga pernah mengalahkan kuasa pembunuh kanser payudara yang boleh meragut nyawa manusia sebanyak 3,525 pada tahun yang sama! Sungguhpun begitu kanser telinga hidung dan tekak ini masih belum diberikan pendedahan da ia perlu dielakkan dengan cara yang bijak.

Menurut pakar perunding telinga, hidung dan tekak, Dr. Yeo Sek Wee dari pusat perubatan Prince Court Kuala Lumpur, tidak ada cara yang paling tepat untuk menyelamatkan nyawa selain pengesanan awal dan mengamalkan gaya hidup sihat. Itulah cara yang paling selamat dan tidak menyakitkan.

"'Saya sangat yakin apabila berbicara tentang kanser, pasti ramai yang berharap tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini termasuklah kanser jenis hidung, tekak dan mulut. Kanser yang biasa menyerang bahagian di bahagian lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti suara ini akan begitu menyeksa jika ia menyinggahi kepada sesiapa juga.

" Namun begitu takut saja tidak mencukupi. Cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pengesanan awal di samping mengamalkan cara hidup sihat dan paling penting jauhi sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan risiko kanser jenis ini seperti merokok, minum minuman keras, makan makanan jeruk masin, mengunyah sirih dan sebagainya." katanya sambil menyatakan kanser ini lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

Menurut Dr. Yeo, bagi mengesan kehadiran kanser telinga hidung dan tekak, jangan abaikan sebarang ketulan yang muncul di sekitar mulut dan kawasan sekitar sekitar leher. Walaupun adakalanya tidak disertai dengan sebarang kesakitan, ketulan-ketulan akibat sel kanser ini boleh membawa maut. 

" Anda perlu mengetahui 90 peratus ketulan yang dikesan di bahagian tersebut berpunca daripada kanser. Sungguhpun peratusan yang diletakkan pada ketulan asing ini, saya sarankan agar jangan cepat 'mengandaikan' sesuatu (kanser) sendiri kerana ada juga kemungkinan ia (ketulan)hadir disebabkan penyakit lain. Justeru sahkan ia dengan dapatkan pemeriksaan di hospital.

Segera Bertindak

" Disebabkan kanser ini boleh merebak dan merosakkan sel di kawasan telinga hidung dan tekak ia memacu kepada punca pelbagai kanser seperti barah nasofaring, oral,bibir, hidung,sinus, laring, orofaring, hypofaring, tiroid dan kelenjar liur."

" Oleh itu jangan sesekali menangguhkan pemeriksaan dan rawatan kerana berdasarkan pengalaman, saya mendapati pola kematian kanser kebanyakannya akibat lambat dikesan, Saya sendiri melihat pesakit hanya hadir ke hospital setelah kanser mereka berada di peringkat yang lewat. 

" Saya berpendapat hal ini terjadi mungkin kerana ramai yang tidak peka tentang pengesanan awal. Situasi ini sudah pasti menjadikan peluang untuk hidup juga semakin tipis. Kalau boleh pola kematian akibat lambat mengesan dan mendapatkan rawatan ini perlu di cegah," tegasnya memberikan nasihat.

Apakah yang dilakukan untuk mengesan ketulan?

Apakah yang biasanya dilakukan untuk mengesahkan kehadiran kanser ini? Dr.Yeo menjelaskan, langkah pertama yang lazim dilakukan ialah kebanyakan doktor akan mendapatkan latar belakang pesakit dan penyakit keturunan serta pemeriksaan simptom dikumpulkan. Sekiranya apa yang dijelaskan oleh pesakit lebih mengarah kepada simptom kanser telinga hidung dan tekak, prosedur mengesan punca ketulan secara lebih teliti pula dilakukan.

" Prosedur ini ada pelbagai jenis seperti pengambilan sel kanser yang dikenali sebagai Fine Needle Aspiration Catology (FNAC). Dengan menggunakan peralatan yang seakan jarum suntikan, prosedur FNAC ini akan menyedut keluar kalenjar  tidak normal unutk dikaji dimakmal.

"Selain itu, pemeriksaan sinar X dengan kaedah endoskopi tidak menjadi pilihan, cara pengesan yang lain umpamanya dengan menggunakan CT scan atau  Magnetic resonance imaging (MRI). Ia sekaligus dapat mengetahui peringkat kanser yang dialami oleh pesakit.

Peluang Sembuh Tinggi

"Setelah sel dikenal pasti pesakit positif kanser ini, pembedahan akan disusuli bagi kanser yang berada diperingkat awal. Pembedahan ini adalah untuk membuang ketulan dan bengkak dileher. Ia penting bagi mengelakkan sel kanser daripada terus merebak ke organ tubuh yang lain. Dengan membuang sel kanser di peringkat awal pesakit mampu hidup dengan lebih baik-80peratus peluang sepenuhnya sembuh dari kanser telinga hidung dan tekak.

" Namun sekiranya kanser sudah berada di peringkat yang agak serius, biasanya bukan pembedahan yang diberi keutamaan. Sebaliknya rawatan radioterapi adalah lebih praktikal unutk membunuh sel kanser ini dan memperlahankan pertumbuhan sel.

"Sungguhpun begitu, untuk menentukan rawatan yang terbaik, ia bergantung kepada jenis kanser dan tahap keterukan yang dihadapi. Bagi kanser parotid (kelejar air liur), kalenjar pesakit akan dibuang. Mereka juga akan digalakkan untuk menjalani rawatan susulan radioterapi dan kimoterapi.

"Sekiranya langkah ini tidak diambil dan pesakit membiarkan tanpa sebarang rawatan, struktur muka pesakit akan berubah atau menjadi herot kesan  kerosakan saraf otot mu ka disebabkan kanser.

"Ada juga kanser yang tidak terus dibedah walaupun masih berada di peringkat awal, misalnya kanser peti suara. Biasanya untuk membunuh sel kanser di kawasan ini, laser radioterapi akan diarahkan kepada kawasan di sekitar peti suara mereka. Langkah ini cukup relevan kerana sel kanser di kawasan peti suara ini amat sensitif pada sinaran radioterapi dan amat mudah di musnahkan dengan cara ini.

" Bagi kanser di peringkat yang lebih berisiko-peringkat tiga dan empat, langkah membuang peti suara diikuti dengan radioterapi akan dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa. Seiring dengan kepentingan kualiti hidup, pesakit yang sudah dibuang peti suaranya akan diberikan peti suara tiruan- voice prosthesis agar pesakit boleh berinteraksi seperti biasa." terangnya. 

Sumber : Artikel majalah isihat