Monday 29 May 2017

Floss penting untuk kesihatan gigi



Menggosok gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan floss. Ia sebenarnya MAMPU membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.
Flos adalah satu tindakan membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang. Jika biasanya hanya gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash, menggunakan floss adalah rawatan pembersihan rongga mulut khususnya bahagian gigi dengan lebih sengit. Jadi, menggunakan floss dilakukan dengan meletakkan benang di cela setiap gigi kemudian menarik – nariknya.
Jika anda tidak floss gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik. Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan floss.
Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot. Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.
1. Mencegah terbentuknya tartar
Yang dimaksudkan dengan tartar adalah timbunan lapisan plak yang keras. Biasanya ini berlaku akibat lapisan plak yang tidak akan dibersihkan. Kerana sudah mengeras inilah, tartar menjadi lebih sukar untuk dilenyapkan. Asal kamu tahu saja, tartar ini juga boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis.
2. Mencegah gigi berlubang
Apa penyebab utama gigi boleh sampai berlubang? Kerana adanya makanan yang masih melekat pada gigi atau terselit di antara gigi. Jika terjadi sebegini, menggunakan floss lebih berkesan daripada gosok gigi untuk membersihkan sisa makanan.
3. Mencegah bau mulut
Tidak hanya menyebabkan gigi berlubang, sisa makanan yang masih berada di kawasan gigi akan membusuk yang kemudian menimbulkan bau tidak enak. Jadi secara tidak langsung, menggunakan floss juga membantu mencegah bau mulut.
4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Bakteria dari mulut boleh merebak ke kawasan lain dari tubuh. Anda ingin menjaga jantung anda sihat dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mempunyai mulut yang sihat. Ketika mikroorganisma yang dijumpai di mulut merebak ke jantung, anda mungkin mengalami komplikasi jantung. Menggunakan floss dapat menyelesaikan masalah ini.
5. Mengurangkan Risiko Diabetes
Jika anda menderita diabetes maka anda boleh merumitkan keadaan kesihatan anda ketika anda mempunyai kebersihan gigi yang buruk. Penyakit gusi akan menyebabkan sistem kekebalan tubuh lemah dan mempunyai penyakit gusi yang berbahaya.