Wednesday, 29 June 2016

Bagaimana Perubatan Moden Merawat Kanser ?

Hanya dengan melihat mesin perubatan dan doktor-doktor pakar, ia sudah cukup untuk menyakinkan pesakit seratus peratus bahawa itulah rawatan terbaik dan mereka "pasti" sembuh. Harus diingatkan, kuasa penyembuhan bukan ada pada tangan doktor-doktor pakar atau mesin  perubatan moden. Kita hanya merancang dan berusaha tetapi Tuhan jualah yang mengizinkan kesembuhannya.

Saya dedahkan secara umum kaedah perubatan kanser secara moden ini, sebagai maklumat tambahan kepada pembaca supaya pesakit tidak menolak seratus peratus rawatan kaedah moden. Sebaliknya pesakit mengikuti kedua-dua jenis rawatan sebagai usaha ke arah kesembuhan.

1.)  Pembedahan

Pembedahan adalah rawatan kanser yang bersifat "tradisional" dari dimensi dunia perubatan moden.
Kaedah ini adalah cara yang paling efektif dalam usaha membuang terus sebahagian besar sel-sel dan tisu kanser di dalam tubuh sebelum ianya merebak ke dalam saluran darah dan berlaku metastasis.

Contoh pembedahan adalah seperti pembedahan  membuang "lump" pada kanser payudara, Pembedahan membuang rahim pada penyakit kanser rahim, pembedahan membuang prostat dan sebagainya.

Kekurangan kaedah ini ialah ia hanya dapat dilakukan sekiranya sel-sel kanser tersebut masih diperingkat awal iaitu pada tahap 1 dan tahap 2. Ia juga bergantung kepada lokasi kanser di dalam tubuh serta kanser  sel belum merebak ke bahagian anggota. Pada peringkat awal, pembedahan dilakukan dengan membuang terus sel-sel dan tisu kanser tersebut.

Namun, jika sel-sel kanser telah merebak (metasis), maka pembedahan bukanlah kaedah yang sesuai dijalani oleh pesakit. Pada fasa ini, pesakit perlu menjalani kemotrapi dan radioterapi. Adakalanya juga, doktor akan mensyorkan pesakit untuk melakukan kaedah kemo dan radioterapi terlebih dahulu. Ia bertujuan mengecilkan saiz tumor sebelum menjalani pembedahan.

2.)  Kemotrapi


Satu kaedah rawatan kanser yang menggunakan ubat anti kanser untuk melemahkan atau mematikan sel kanser di dalam badan. Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan menggangu pembahagian sel atau penumbuhanya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem tubuh dan sistem imunasi pesakit. Kemotrapi berupaya mengecutkan saiz tumor kanser. Kaedah rawatan ini biasanya diberi melalui suntikan atau ubat oral (pil). Ubat kemotrapi berperanan untuk membunh sel-sel yang membahagi dengan cepat seperti sel-sel kanser.

Namun begitu, terdapat juga di dalam badan sel-sel normal yang membahagi dengan cepat seperti sel sum-sum tulang, sel-sel sistem penghadaman dan sel-sel rambut. Ubat kemotrapi tidak dapat membezakan sel-sel normal dan sel-sel kanser yang  membahagi dengan cepat. Ini bererti, ia turut boleh mematikan sel-sel yang sihat. Kemotrapi ini dijalankan pada setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu dalam masa 4 hingga 6 bulan.

Kesan-Kesan Kemotrapi
  • HILANG SELERA
Hilang selera makan disebabkan oleh masalah mulut dan tekak yang memberi kesukaran untuk menelan dan juga ketumbuhan ulser di dalam mulut dan tekak.
  • KEKURANGAN DARAH
Kekurangan darah dalam badan (anemia) disebabkan oleh kekurangan sel-sel darah merah ini adalah penting untuk mengalirkan oksigen di dalam badan. Kesan anemia ini membuatkan pesakit berasa letih, debaran yang kuat, sesak nafas dan mudah pitam.
  • PENDARAHAN
Kemotrapi boleh mengakibatkan kekurangan platlet di dalam badan akibat daripada kegagalan bone marrow untuk menghasilkannya, kesan daripada kemotrapi. Platlet berfungsi untuk membekukan darah apabila teradapat luka. Apabila berlaku kecederaan yang mengakibatkan pendarahan, maka darah akan sukar untuk berhenti mengalir. Kandungan platlet yang rendah mengakibatkan keadaan pesakit menjadi thrombocytopenia. Pendarahan turut boleh berlaku melaui hidung, gusi atau pun bintik-bintik merah di kulit.
  • ALAH PENYAKIT
Kemotrapi kadangkala menyukarkan untuk tulang sum-sum kita menghaswilkan sel darah putih. Sel darah putih ini berperanan melawan jangkitan kuman. Justeru, apabila tubuh mengalami kekurangan sel darah putih, maka kuman akan mudah menjangkiti tubuh. Oleh sebab itu, pesakit mudah dijangkiti batuk atau mengalami demam berpanjangan.
  • KETIDAKSUBURAN
Salah satu kesan jangka panjang kemotrapi ialah boleh menyebabkan ketidaksuburan. Bagi wanita, kemotrapi boleh merosakkan ovari. Kerosakkan ini akan mengurangkan pengeluaran telur yang subur di ovari. Ia juga turut mengurangkan hormon di dalam badan pesakit. Kekurangan hormon dalam badan boleh mengakibatkan gejala putus haid yang awal. Kedua-dua ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan anak. Bagi lelaki, kemotrapi boleh merosakkan sel-sel sperma di dalam testis. Ini mengakibatkan kekurang sperma yang aktif. Ia boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan untuk lelaki. Kesannya, pesakit sukar untuk mendapat zuriat selama-lamnya. Adalah mustahak untuk pesakit tidak mengandung semasa rawata kemotrapi. Ini kerana ubat kemotrapi ini boleh merosakkan janin terutamnya pada 3 bulan paertama kehamilan.

3.)  Radioterapi

Sejenis rawatan bagi tumor atau kanser. Ia menggunakan X-ray berkuasa tinggi bagi melemah atau mengecutkan sel kanser tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Ekoran itu, tisu normal tidak terganggu. Hal ini kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan berkenaan dijalankan.

Radioterapi melemahkan atau mematikan sel-sel kanser dengan meroskkan DNA (molekul yang terkandung di dalam sel yang mengandungi maklumat genetik). Sel-sel kanser DNA yang telah rosak akan berhenti membiak atau mati. radioterapi boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit. Radioterapi boleh mematikan sel-sel yang normal di bahagian anggota badan yang diberi rawatan. Contohnya, apabila radioterapi diberikan kepada leher dan tengkuk, ia boleh merosakkan kilang air liur dan menyebabkan keguguran rambut.

Pesakit yang menjalani di bahagian bawah perut pula terdedah kepada masalah kesukaran membuang air kecil. Kesan-kesan jangka panjang yang lain termasuklah ketidaksuburan, sukar untuk mendapat zuriat, hilang ingatan(jika radioterapi dilakukan pada bahagian otak), kerosakkan pada bahagian usus, masalah cirit-birit dan pendarahan.

sumber : Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Thursday, 23 June 2016

10 Tanda Penyakit Yang Boleh Dilihat Pada Kaki Kita

1. Kering dan mengelupas


Jika anda telah menggunakan pelembap dan ia tidak berkesan, kemungkinan anda mengalamai masalahtiroid. Apabila kelenjar tiroid (kelenjar di pangkal leher) tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengalami masalah untuk menghasilkan hormon tiroid, yang berfungsi dalam mengawal kadar metabolik, tekanan darah, pertumbuhan tisu badan, dan pembentukan sistem rangka dan saraf. 

"Masalah tiroid menyebabkan kekeringan kulit yang teruk," kata Marlene Reid, DPM, pakar kaki di Naperville, Illinois. 
"Apabila kita melihat kekeringan pada kaki, atau jika penggunaan pelembap tidak berkesan lebih dari beberapa hari, kita biasanya merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk memastikan sama ada tiroid mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak." 

Kuku yang rapuh juga merupakan salah satu tanda kompilasi tiroid.

2. Jari kaki botak

Kemungkinan anda mengalami penyakit arteri. Jika bulu di jari kaki anda hilang tiba-tiba, ia menandakan peredaran darah yang lemah disebabkan oleh peripheral arterial disease (PAD). 

"Tanda-tanda PAD adalah termasuk kadar pertumbuhan rambut menurun pada kaki dan pergelangan kaki, jari kaki ungu, dan kulit nipis atau berkilat," kata Suzanne Fuchs, DPM, pakar bedah Podiatric di North Shore University Hospital di New York.

3. Ulser yang tidak sembuh


Kemungkinan anda mengalami kencing manis. Tahap glukosa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf dan menyebabkan masalah pada peredaran darah sehingga darah tidak sampai ke kaki. Sekiranya terdapat luka pada kaki, dan darah tidak dapat mengalir ke luka, kulit tidak akan dapat pulih dengan sempurna. 

"Ramai pesakit kencing manis yang di diagnosis adalah disebabkan masalah yang terdapat pada kaki mereka," kata Reid. 

Tanda-tanda kencing manis mungkin termasuk rasa cucukan atau kebas pada kaki.

4. Ibu jari kaki yang membesar dan menyakitkan


Mungkin ia terjadi berdasarkan pemakanan anda. Jika ia terjadi selepas anda makan sesuatu, anda mungkin mengalami gout, sejenis radang sendi yang sering terjadi pada sendi ibu jari kaki. Makanan yang mempunyai tahap purin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daging merah, ikan, dan sesetengah alkohol, boleh mencetuskan serangan gout dengan menaikkan tahap asid urik di dalam badan. Asid urik biasanya dibuang melalui air kencing, tetapi penghasilan yang berlebihan atau masalah perkumuhan berlaku pada sesetengah orang.

"Anda dapat melihat pemendapan asid urik pada sendi, biasanya pada ibu jari atau pergelangan kaki," kata Bob Baravarian, DPM, pakar Podiatric kaki dan buku lali di Providence Saint John's Health Center di Santa Monica, California.
"Pesakit akan bangun dengan sendi yang bengkak, merah dan keras. Ia amat pedih."

5. Garis merah yang kecil di bawah kuku jari kaki


Selalu terdapat pada pesakit yang menghidap jangkitan pada jantung. Jalur-jalur merah di bawah kuku kaki atau kuku merupakan tanda saluran darah yang pecah yang dikenali sebagai serpihan pendarahan (splinter hemorrhages). Ini berlaku apabila darah beku yang kecil merosakkan kapilari darah di bawah kuku. Ia merupakan tanda seseorang itu mengalami endocarditis, sejenis jangkitan yang berlaku pada lapisan dalaman jantung. Seseorang yang mengalami penyakit jantung atau seseorang yang mempunyai masalah sistem imun yang kronik (seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit HIV, dan pesakit kencing manis) mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap endocarditis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung jika tidak dirawat. Jika anda perasan terdapat serpihan pendarahan pada kuku kaki atau kuku anda, dan jari anda tidak mengalami sebarang kemalangan, terhantuk dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan jantung dan peredaran darah.

6. Kaki yang berpintal (tidak dapat memijak dengan rata)


Kemungkinan anda mengalami kanser paru-paru atau penyakit jantung. Lain-lain tanda yang terdapat pada kedua-dua jari kaki dan jari, sering dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan paru-paru yang kronik, penyakit jantung, atau penyakit usus. Kanser paru-paru dan penyakit jantung mengurangkan ketahanan pembuluh darah, bermaksud aliran darah ke arteri kecil di kuku kaki dan hujung jari akan meningkat. Tisu akan membengkak lalu mengakibatkan kaki berpintal (jari dan jari kaki yang lebih besar dan bulat). 

7. Kuku kaki berongga

Kemungkinan anda menghidap psoriasis (penyakit kulit yang berwarna merah, gatal dan bersisik). Jika terdapat lubang kecil, alur, atau rabung di kuku kaki anda, anda mungkin mempunyai psoriasis kuku.

"Jika anda tidak pernah disahkan mengalami psoriasis, tetapi kuku kaki anda mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan," kata Gary A. Pichney, DPM, pakar bedah Podiatric dari The Institute for Foot and Ankle Reconstruction di Mercy Medical Center. 

Gejala lain termasuklah tompok putih dan garis mendatar merentasi kuku.

8. Kuku melengkung (Spooned nails)


Kemungkinan anda mengalami anemia atau lupus (sejenis penyakit kulit). Kuku jari atau kuku jari kaki yang melengkung seperti sudu, menunjukkan kekurangan zat besi, serta hemochromatosis (penghasilan zat besi yang berlebihan), penyakit Raynaud (memberi kesan terhadap darah yang disalurkan ke jari dan jari kaki), dan kadang kala lupus (penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang sel, tisu dan organ). Kadang-kadang ia berlaku pada bayi, tetapi ia akan semakin pulih apabila bayi semakin membesar.

9. Garis lurus bawah kuku jari kaki


Kemungkinan anda menghidap kanser kulit. Garis menegak dan gelap di bawah kuku jari kaki mungkin petanda bahawa terdapat melanoma lentiginous acral, atau melanoma yang tersembunyi - sejenis kanser kulit yang muncul pada bahagian badan yang tersembunyi. (Lain-lain kanser kulit yang tersembunyi adalah di mata dan mulut.)

"Akan terdapat satu garis hitam dari pangkal kuku anda hingga ke hujung kuku," kata Pichney.

"Ia boleh dilihat oleh podiatrist atau dermatologist. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia bukan kulat, yang biasanya berwarna kuning coklat dan kadang kala berlaku di seluruh kuku."

10. Berbentuk seperti gerbang tinggi secara tiba-tiba



Kemungkinan anda mengalami kerosakan saraf.

"Jika seseorang mempunyai penipisan otot kaki yang berbentuk arch, ia boleh menjadi satu petunjuk keadaan neurologi yang dikenali sebagai Charcot-Marie-Tooth (CMT)." says Pichney.
CMT juga boleh menyebabkan perubahan pada gaya berjalan, kebas pada kaki, sukar untuk mengimbang badan, kehilangan otot di kaki, yang kemudiannya boleh berlaku pada lengan dan tangan.


Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya, anda mampu mengesan dan merawat penyakit di peringkat awal.

Sumber: Reader's Digest

Wednesday, 15 June 2016

KENALI FAKTOR DAN TANDA AWAL KANSER PAYUDARA

Apa Sebenarnya Barah Payudara Ini ?

Barah merupakan anatra kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
 

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting.

Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Tahap Kanser Payudara

  • Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahp ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahgian payudara sahaja.
  • Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang ke-2 ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

  • Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahgian dada).
  • Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru,hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Faktor Barah Payudara
  1. Umur - umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memliliki risiko yang lebih tinggi mendapat kanser payudar.
  2. Sejarah Keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hali ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser
  3. Pernah menghidap penyakit kanser payudara benigna proferatif.
  4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Tanda Barah Payudara
  1. Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
  2. Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
  3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
  4. Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
  5. Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Mengesan Kanser Payudara

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Anda boleh lakukan pemeriksaan mamografi di hospital kerajaan dan juga swasta ( bayaran dikenakan ). Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Philips Malaysia juga akan mengadakan pemeriksaan mamografi secara percuma di sebuah hospital di Shah Alam.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.

Wednesday, 8 June 2016

TIDUR SELEPAS SAHUR ADALAH BAHAYA & MAMPU AKTIFKAN SEL KANSER



Tidur selepas sahur memang aktiviti biasa dilakukan orang pada bulan puasa. Namun doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam, memberi nasihat sebaiknya hal itu tidak dilakukan. “Kerana makanan belum dicerna dan malah boleh berbalik dari perut ke kerongkong (atau biasa disebut beserta refluks) kerana pengaruh graviti,
Jika refluks berlaku, asid perut akan naik dan melukakan kerongkong.Kerana mengalami luka, kerongkong akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit.

Untuk atasi masalah refluks asid perut ini, anda bolehlah tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi.

Namun pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Indonesia lebih menyarankan orang yang berpuasa tidak tidur selepas bersahur. seseorang boleh tidur dua jam selepas makan. “Tapi masih boleh diterima tidur satu jam selepas makan,

Makanan yang sukar dicerna, adalah makanan yang terlalu berlemak. Keju dan minyak dalam jumlah yang banyak akan memerlukan masa dua jam untuk dicerna.Sedangkan nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan waktu satu jam untuk dicerna.

Untuk perut mempunyai masa untuk mencerna makanan sahur, kita digalakkan bersahur sejam sebelum imsak iaitu sekitar jam 4.30-5 pagi. yang ni memang dalam sunnah nabi pun ade cakap..supaya lewat2kan sahur..

Bila dah dekat waktu imsak, makanlah makanan dalam bentuk buah-buahan dan air masak.Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada terjadinya refluks. Selesai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum menjalankan rutin harian kalau sempat huhu.

Makanan yang disyorkan ketika bersahur ialah nasi, kentang, dan ubi sebagai sumber karbohidrat.Untuk protein, daging, ikan, dan telur boleh menjadi pilihan. Lemak boleh diperolehi daripada minyak dan daging ayam .

Diingatkan kepada orang yang berpuasa elakkan makanan yang mengandungi lemak yang banyak untuk bersahur kerana susah dicerna.

Begitu juga pengambilan susu. Bagi yang berusia di atas 30 tahun, sebaiknya memilih susu rendah lemak atau tanpa lemak.

Jenis air yang disyorkan untuk bersahur adalah jus buah-buahan, seperti mangga atau jeruk, kerana mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Tapi jangan pakai gula atau susu