Thursday, 19 January 2017

Kelebihan Aprikot vitamin B17 kepada pengamalnya

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr.Ernest T.Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr.Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalam beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan  sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr.Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalamn dan bekas Ketua JAbatan Anatomi di Fakulti perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin b17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membnatu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantataran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau mengalakkan pengambilan biji aprokot ynag telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun.

Pakar Kesihatan Awan yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr.Ismail Lasa berkata, " Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan.

Sumber : Utusan Online.


No comments:

Post a Comment