Jika anda telah menggunakan pelembap dan ia tidak berkesan, kemungkinan anda mengalamai masalah tiroid. Apabila kelenjar tiroid (kelenjar di pangkal leher) tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengalami masalah untuk menghasilkan hormon tiroid, yang berfungsi dalam mengawal kadar metabolik, tekanan darah, pertumbuhan tisu badan, dan pembentukan sistem rangka dan saraf.
"Masalah tiroid menyebabkan kekeringan kulit yang teruk," kata Marlene Reid, DPM, pakar kaki di Naperville, Illinois.
"Apabila kita melihat kekeringan pada kaki, atau jika penggunaan pelembap tidak berkesan lebih dari beberapa hari, kita biasanya merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk memastikan sama ada tiroid mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak."
Kuku yang rapuh juga merupakan salah satu tanda kompilasi tiroid.
2. Jari kaki botak
Kemungkinan anda mengalami penyakit arteri. Jika bulu di jari kaki anda hilang tiba-tiba, ia menandakan peredaran darah yang lemah disebabkan oleh peripheral arterial disease (PAD).
"Tanda-tanda PAD adalah termasuk kadar pertumbuhan rambut menurun pada kaki dan pergelangan kaki, jari kaki ungu, dan kulit nipis atau berkilat," kata Suzanne Fuchs, DPM, pakar bedah Podiatric di North Shore University Hospital di New York.
3. Ulser yang tidak sembuh
Kemungkinan anda mengalami kencing manis. Tahap glukosa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf dan menyebabkan masalah pada peredaran darah sehingga darah tidak sampai ke kaki. Sekiranya terdapat luka pada kaki, dan darah tidak dapat mengalir ke luka, kulit tidak akan dapat pulih dengan sempurna.
"Ramai pesakit kencing manis yang di diagnosis adalah disebabkan masalah yang terdapat pada kaki mereka," kata Reid.
Tanda-tanda kencing manis mungkin termasuk rasa cucukan atau kebas pada kaki.
4. Ibu jari kaki yang membesar dan menyakitkan
Mungkin ia terjadi berdasarkan pemakanan anda. Jika ia terjadi selepas anda makan sesuatu, anda mungkin mengalami gout, sejenis radang sendi yang sering terjadi pada sendi ibu jari kaki. Makanan yang mempunyai tahap purin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daging merah, ikan, dan sesetengah alkohol, boleh mencetuskan serangan gout dengan menaikkan tahap asid urik di dalam badan. Asid urik biasanya dibuang melalui air kencing, tetapi penghasilan yang berlebihan atau masalah perkumuhan berlaku pada sesetengah orang.
"Anda dapat melihat pemendapan asid urik pada sendi, biasanya pada ibu jari atau pergelangan kaki," kata Bob Baravarian, DPM, pakar Podiatric kaki dan buku lali di Providence Saint John's Health Center di Santa Monica, California.
"Pesakit akan bangun dengan sendi yang bengkak, merah dan keras. Ia amat pedih."
5. Garis merah yang kecil di bawah kuku jari kaki
Selalu terdapat pada pesakit yang menghidap jangkitan pada jantung. Jalur-jalur merah di bawah kuku kaki atau kuku merupakan tanda saluran darah yang pecah yang dikenali sebagai serpihan pendarahan (splinter hemorrhages). Ini berlaku apabila darah beku yang kecil merosakkan kapilari darah di bawah kuku. Ia merupakan tanda seseorang itu mengalami endocarditis, sejenis jangkitan yang berlaku pada lapisan dalaman jantung. Seseorang yang mengalami penyakit jantung atau seseorang yang mempunyai masalah sistem imun yang kronik (seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit HIV, dan pesakit kencing manis) mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap endocarditis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung jika tidak dirawat. Jika anda perasan terdapat serpihan pendarahan pada kuku kaki atau kuku anda, dan jari anda tidak mengalami sebarang kemalangan, terhantuk dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan jantung dan peredaran darah.
6. Kaki yang berpintal (tidak dapat memijak dengan rata)
Kemungkinan anda mengalami kanser paru-paru atau penyakit jantung. Lain-lain tanda yang terdapat pada kedua-dua jari kaki dan jari, sering dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan paru-paru yang kronik, penyakit jantung, atau penyakit usus. Kanser paru-paru dan penyakit jantung mengurangkan ketahanan pembuluh darah, bermaksud aliran darah ke arteri kecil di kuku kaki dan hujung jari akan meningkat. Tisu akan membengkak lalu mengakibatkan kaki berpintal (jari dan jari kaki yang lebih besar dan bulat).
7. Kuku kaki berongga
"Jika anda tidak pernah disahkan mengalami psoriasis, tetapi kuku kaki anda mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan," kata Gary A. Pichney, DPM, pakar bedah Podiatric dari The Institute for Foot and Ankle Reconstruction di Mercy Medical Center.
Gejala lain termasuklah tompok putih dan garis mendatar merentasi kuku.
8. Kuku melengkung (Spooned nails)
Kemungkinan anda mengalami anemia atau lupus (sejenis penyakit kulit). Kuku jari atau kuku jari kaki yang melengkung seperti sudu, menunjukkan kekurangan zat besi, serta hemochromatosis (penghasilan zat besi yang berlebihan), penyakit Raynaud (memberi kesan terhadap darah yang disalurkan ke jari dan jari kaki), dan kadang kala lupus (penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang sel, tisu dan organ). Kadang-kadang ia berlaku pada bayi, tetapi ia akan semakin pulih apabila bayi semakin membesar.
9. Garis lurus bawah kuku jari kaki
Kemungkinan anda menghidap kanser kulit. Garis menegak dan gelap di bawah kuku jari kaki mungkin petanda bahawa terdapat melanoma lentiginous acral, atau melanoma yang tersembunyi - sejenis kanser kulit yang muncul pada bahagian badan yang tersembunyi. (Lain-lain kanser kulit yang tersembunyi adalah di mata dan mulut.)
"Akan terdapat satu garis hitam dari pangkal kuku anda hingga ke hujung kuku," kata Pichney.
"Ia boleh dilihat oleh podiatrist atau dermatologist. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia bukan kulat, yang biasanya berwarna kuning coklat dan kadang kala berlaku di seluruh kuku."
10. Berbentuk seperti gerbang tinggi secara tiba-tiba
Kemungkinan anda mengalami kerosakan saraf.
"Jika seseorang mempunyai penipisan otot kaki yang berbentuk arch, ia boleh menjadi satu petunjuk keadaan neurologi yang dikenali sebagai Charcot-Marie-Tooth (CMT)." says Pichney.
CMT juga boleh menyebabkan perubahan pada gaya berjalan, kebas pada kaki, sukar untuk mengimbang badan, kehilangan otot di kaki, yang kemudiannya boleh berlaku pada lengan dan tangan.
Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya, anda mampu mengesan dan merawat penyakit di peringkat awal.
No comments:
Post a Comment