Friday, 10 March 2017

MEE SEGERA : HALAL TAPI MERBAHAYA

Fast fact Mee Segera
 Rakyat Malaysia makan mee segera secara berlebihan iaitu 1.34 billion paket mee segera setahun!
 Mee segera tergolong dalam kategori "makanan sampah" kerana TIDAK mengandungi khasiat
 Ramai yang prihatin soal "Halal" mee segera tapi tidak memikirkan kesan buruk mee segera jika di makan secara kerap dan berlebihan.
 Ia mengandungi pelbagai bahan perisa berlebihan yang tidak baik untuk kesihatan seperti garam, gula, bahan pengawet.
 Industri makanan menggunakan propaganda "mudah, cepat (2 minit) dan lazat" bagi mempromosikan produk mee segera.
 Kajian di Korea Selatan menunjukkan pengambilan mee segera berlebihan menyebabkan penyakit Metabolisma
 Wanita lebih berisiko berbanding lelaki untuk mendapat kesan buruk dari mee segera
 Mee segera juga menyebabkan depresi dan masalah alahan kulit
 Kajian terperinci mengenai kesan jangka masa panjang pengambilan mee segera masih belum banyak di jalankan
 Masyarakat di sarankan untuk mengurangkan pengambilan mee segera
-------------------------------------------------------------
Tahukah anda,
"rakyat Malaysia makan 3.6 juta paket Mee Segera setiap hari atau 1.34 billion paket mee segera dalam masa setahun"
Kerakusan rakyat Malaysia melahap 3.6 juta paket mee setiap hari telah menarik minat produk produk mee segera lain untuk memperkenalkan produk mereka di pasaran tempatan. Terkini, produk mee segera dari Korea yang terkenal dengan rasa "pedas" menjengah masuk ke pasaran Malaysia.
Bermula dengan video viral anak anak muda hipter makan mee segera di dalam youtube, jenama mee segera Korea tersebut terus popular di Malaysia. Kontraversi wujud apabila ada yang mempersoalkan mengenai status halal produk tersebut sehingga JAKIM terpaksa mengeluarkan kenyataan khusus untuk mengatakan bahawa produk ini adalah HALAL.
Bagi menyakinkan status Halal mee segera tersebut, beberapa rakyat Malaysia yang bertuah telah di bawa ke kilang tersebut untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana mee segera tersebut di hasilkan. Lihathttp://www.siakapkeli.my/…/video-viral-pelbagai-isu-halal-s…
Perkongsian kisah melawat kilang tersebut menjadi viral di laman popular Siakap Keli sehingga mendapat perkongsian beribu ribu netizen. Ramai yang bersorak gembira bila mee segera kegemaran di iktiraf halal.
Hebat bukan marketing strategi industri makanan menyuap “sampah” ke mulut rakyat Malaysia?
----------------------------------------------------
HALAL Tetapi Merbahaya
Persoalannya kini,
Adakah status halal sahaja sudah cukup untuk “menghalalkan” mee segera untuk di berikan kepada organ organ dan tubuh badan kita?
Fikirkan semula.
Korea Selatan merupakan pengguna tertinggi mee segera di dunia di ikuti oleh Vietnam, Indonesia dan Thailand. Fakta ini telah menyuntik idea para saintis untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan mee segera di kalangan rakyat Korea Selatan dan isu isu kesihatan yang berlaku di sana.
Kajian dari Universiti Havard itu menunjukkan, individu yang makan lebih dari 2 paket mee segera dalam seminggu berisiko untuk mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
Lebih mengejutkan, hasil dari kajian menunjukkan Wanita menerima impak kesihatan yang lebih besar. Risiko mendapat penyakit tersebut 68% lebih TINGGI untuk wanita berbanding lelaki.
Selain itu, pembungkus mee segera yang di perbuat dari Styrofoam juga mengandungi sejenis bahan kimia iaitu bisphenol A (BPA) yang boleh menggangu fungsi hormone dalam tubuh badan manusia.
Kajian seterusnya di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mee segera di kaitkan dengan peningkatan risiko depresi di kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.
Walaupun mee segera sering di kaitkan dengan kanser, namun sehingga kini, TIADA kajian santifik yang benar benar dapat membuktikan hipotesis tersebut.
Di harapkan, penemuan ini dapat membuka lembaran bagi kajian yang lebih meluas mengenai kesan pengambilan 1.34 billion pek mee segera kepada rakyat Malaysia.
Selain itu, berikut merupakan alasan lain mengapa mee segera (SEMUA jenis) wajar di kurangkan dalam diet seharian rakyat Malaysia
1. Kandungan GARAM dan GULA yang tinggi
2. Tidak mengandungi sebarang khasiat, vitamin dan mineral.
3. Mengandungi Transfat
4. Kandungan MSG yang TINGGI (serbuk perasa)
5. Mengandungi bahan pengawet
------------------------------------------------------
Jika Memudaratkan Mengapa Masih Di Jual?
Itulah antara maklum balas yang di terima selepas PHM mendedahkan isu#konspirasigula minggu lalu.
Tahukah anda,ada syarikat industri makanan telah bertapak di Malaysia selama berpuluh sehinga beratus tahun. Untuk menghentikan operasi atau jualan produk mereka bukanlah semudah menutup kedai Vape ataupun premis haram lain, fikirkan tentang pampasan, ganti rugi yang perlu di bayar yang ternyata di luar kemampuan.
Mudah saja,lakukan tanggung jawab anda, kuasa membeli di tangan anda.
-----------------------------------------------------
Saranan dari Public Health Malaysia
-BERSEDERHANA adalah kata kunci untuk mana mana nasihat pemakanan.
-Jika mahu makan, jangan makan berlebihan,
-Seimbangkan hidangan dengan menambah sayur sayuran dan bahan bahan lain.
-Kurangkan penggunaan serbuk perasa yang di sediakan.
-Tidak perlu membeli dan menyimpan stok banyak di rumah.
-Hadkan pengambilan untuk kanak kanak dan pelajar.

No comments:

Post a Comment