Friday, 31 March 2017

SELSEMA BURUNG


SELSEMA BURUNG 

Selsema burung ialah penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda. Selsema burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung, kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1. Virus ini telah wujud lebih dari se abad yang lalu dan wujud secara semulajadi dikalangan burung-burung liar yang selalunya tidak mengalami penyakit kesan dari virus tersebut. 

Bagaimana penyakit ini boleh merebak ? Penyakit ini merebak melalui penghijrahan burung burung serta pergerakan unggas yang berjangkit. Bagaimana pula unggas dan burung ini boleh terkena jangkitan ini ? Jawapannya, jangkitan virus ini kebiasaannya terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda ini, dengan unggas yang mati, makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar.

Apakah risiko jangkitan berlaku pada manusia ?
Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh mendapat jangkitan ini apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas yang sudah terjangkit serta najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.

Cara - cara mudah bagi mencegah Selsema Burung  
  • Menjaga kebersihan dan kebersihan makanan.
  • Mencuci tangan dengan sabun dan pastikan air mengalir setelah bersentuhan dengan unggas atau pun produk-produknya. Selain itu, kita juga harus mencuci tangan sebelum menyiapkan makanan dan sebelum makan.
  • Mandi, ganti baju, serta mencuci pakaian, selipar, dan kasut dengan sabun pembasmi kuman sekiranya bersentuhan dengan unggas.
  • Memberikan vaksin secara rutin terhadap unggas yang masih sihat.
  • Jika membeli unggas, sebaiknya dipilih unggas yang sihat.
  • Tidak menyembelih dan memakan unggas yang sakit dan mati.
  • Tidak membiarkan unggas berkeliaran di dalam rumah.
  • Mengurangi kontak dengan unggas, bahkan dengan unggas yang sihat sekali pun.
  • Menggunakan masker dan sarung tangan ketika menyembelih unggas.




No comments:

Post a Comment